Program yang bermula 8 pagi itu adalah inisiatif Friends of Sungai Klang Mid Valley (FoSK MV) hasil gabungan enam badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada persatuan-persatuan pencinta alam sekitar, persatuan penduduk dan badan-badan korporat.

Pengurus Projek Fasa 5 Program Pendekatan Awam RoL Dr K. Kalithasan berkata program pembersihan di hadapan Midvalley Megamall dan Pangsapuri Abdullah Hukum di sepanjang 500 meter sungai itu   disertai  150 sukarelawan.

"Jumlah sisa buangan terkumpul yang boleh dikitar semula adalah 50 kilogram yang terdiri daripada 41 kilogram botol plastik, diikuti tujuh kilogram kaca dan dua kilogram logam.

Kami sedaya upaya meminimumkan penghantaran sisa-sisa buangan ini ke tapak pelupusan dan cuba untuk mengitar semula hasil buangan tersebut untuk kelestarian alam sekitar," katanya kepada pemberita selepas program pembersihan Sungai Klang di sini, hari ini. - K! ONLINE