Pengaunerahan itu diberikan oleh Cambridge International Finance Advisory, sebuah organisasi perkhidmatan kewangan yang berpusat di United Kingdom. 

Menurut Koordinator Perhubungan Media UiTM, Firdaus Abd. Hanan, Normah menduduki tempat kedua selepas Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso dalam majlis yang diadakan di Dubai. 

Katanya, anugerah itu sekali gus mengiktirafkan dedikasi dan kesungguhan beliau dalam usaha memajukan kajian perlakuan jenayah dalam bidang Kewangan Islam atau Islamic Financial Criminology (IFC). 

"Normah merupakan penyelidik perintis dalam bidang IFC dengan sumbangan telah berjaya meletakkan Malaysia sebagai hab kewangan Islam.

"Selain itu, Normah juga telah berjaya menaikkan taraf kedudukan usahawan  wanita dengan membangunkan produk-produk baharu kewangan Islam,"katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE