MASM 2018 anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak 19 April lalu berjaya mencatatkan kehadiran pengunjung yang memberangsangkan iaitu lebih 178,860 orang sehingga hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, rakyat seharusnya berbangga dengan pencapaian PNB dan anak syarikatnya apabila organisasi itu bermula daripada sebuah yayasan yang kecil kini menjadi syarikat pelaburan gergasi diperingkat antarabangsa

 "Di awal penubuhan PNB bertujuaan meningkat pemilikan ekuiti bumiputera dipandang sinis namun kini organisasi itu telah berjaya hasil profesionalisme mereka.

"Oleh itu, kejayaan PNB dan anak syarikatnya harus dijadikan panduan buat sesuatu keputusan dan lakaran pembentukan landskap kemajuan anak bangsa kita," katanya.

Turut hadir ialah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad. - K! ONLINE