Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya mendapat permintaan dari Kesatuan Koperasi Pengguna Jepun (JCCU) untuk membantu mengeksport produk halal keluaran koperasi tempatan bagi keperluan atlet dan pegawai beragama Islam sempena temasya sukan terbesar dunia tersebut.

"Angkasa sedang mendapat kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam untuk membantu koperasi tempatan memenuhi kriteria persijilan halal berhubung urusniaga tersebut yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.

"Sesi perbincangan sedang berlangsung dengan JCCU dan dijangka dimuktamadkan pada tahun hadapan,"  katanya selepas merasmikan program Pemerkasakan Strategi Perniagaan Koperasi peringkat Terengganu di sini hari ini.

Abdul Fattah berkata, selain persijilan halal daripada Jakim, produk makanan halal yang hendak dibekalkan untuk Sukan Olimpik Tokyo tersebut dikehendaki mengikut piawaian pihak berkuasa Jepun yang agak tinggi. - K! ONLINE