Pengiktirafan tersebut membolehkan penyelidiknya, Prof. Dr. Che Mohd. Ruzaidi Ghazali menerima anugerah berkenaan daripada panel penilai pertandingan inovasi peringkat Asia terbabit.

Che Mohd. Ruzaidi yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT berkata, produk berasaskan kelapa sawit ini bukan sahaja mesra alam malah mempunyai kualiti yang lebih baik daripada produk sama berasaskan kayu di pasaran.

"Sehubungan itu, panel penilai berpendapat ia berpotensi tinggi sebagai pengganti terbaik kepada menjadi bahan asas kepada produk lain berasas kayu di pasaran," katanya dalam satu kenyataan di sini 
hari ini.

Ipitex yang diadakan selama tiga hari bermila Isnin lalu telah menarik penyertaan 1,000 produk ciptaan baharu daripada 20,000 penyelidik dan saintis dari seluruh Asia. - K! ONLINE