Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, perkara itu dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd., Tan Sri Tony Fernandes dalam satu pertemuan bersama tiga hari lalu.

Katanya, dalam pertemuan tersebut, Tony menyatakan sekurang-kurangnya 70 peratus jualan produk makanan udara AirAsia adalah barangan jenama Agromas yang merupakan keluaran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

"AirAsia hendak gantikan jualan udaranya dalam pesawat seperti minuman  dan makanan ringan dengan barangan tempatan.

"Tony nyatakan dia mahu supaya hasil pertanian atau industri asas tani dapat diletakkan di AirAsia. Ini peluang penting dan dia (Tony) nyatakan sendiri produk FAMA," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Fiesta Buah, Bunga dan Makanan 2018 (FamaFest2018) di Pusat Transformasi Luar Bandar di sini, hari ini. - Bernama