Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Azhar Azizan Harun berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 172 orang telah mengundi secara pos.

Sehubungan itu, SPR menyeru kepada semua pengundi berkenaan supaya keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi Sabtu ini.

Beliau berkata, para pengundi dinasihatkan agar merancang masa dan keluar pada awal pagi serta tidak memilih untuk keluar mengundi di saat-saat akhir walaupun waktu mengundi telah ditetapkan dari pukul 7.30 pagi hingga 5 petang.

Bagi pengundi yang telah menerima Kad Pengundi atau yang telah mengetahui maklumat pengundian, mereka boleh terus ke saluran mengundi dan tidak perlu lagi membuat semakan di barung semakan SPR, katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama