Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, masalah trafik di kawasan tersebut akan memberi kesan terhadap kelancaran PRK sekiranya tidak ditangani.

"Justeru, kita telah menghantar pegawai dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) untuk memastikan kelancaran trafik pada hari PRK. 

"Selain itu, kita juga akan menyediakan pegawai dan anggota secukupnya sepanjang tempoh PRK berlangsung," katanya selepas Forum Kes Penderaan Kanak-Kanak Semakin Meningkat di Maktab PDRM di sini hari ini. - K! ONLINE