Namun Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, MCA tetap berharap pengundi akan memberi peluang kepada parti itu menjadi suara mereka pada peringkat DUN Selangor, sekali gus berperanan sebagai pemantau serta menyumbang kepada semak dan imbang kerajaan negeri.

"Sentimen rakyat masih tidak memihak kepada kita dan kita perlu berusaha lebih gigih selain memerlukan kekuatan berlebihan untuk menawan semula kerusi DUN ini," katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan MCA PRK Balakong di sini hari ini.

Dalam pada itu, Liow berkata, MCA akan mengumumkan calonnya bagi PRK itu minggu depan.

Mengulas keputusan MCA bertanding menggunakan logo sendiri pada PRK tersebut, bekas menteri pengangkutan berkenaan berkata, tindakan menggugurkan logo BN bukan bertujuan mengelak ‘badi’ kekalahan BN tetapi lebih kepada usaha memperkukuh parti.

"Parti sedang melalui fasa transformasi, penggunaan logo sendiri sememangnya tiada kaitan dengan keputusan pada PRK Sungai Kandis," katanya. – Bernama