Beliau berkata, setakat tengah hari ini, hanya 25 peratus daripada keseluruhan 62,219 pengundi berdaftar yang menjalankan tanggungjawab masing-masing.

"Kita ada lima jam setengah lagi, kita harapkan sasaran kita akan menuju ke arah 70 peratus seperti yang dijangka sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau proses mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Perdana, di sini, yang merupakan satu daripada 16 pusat pengundian dalam PRK DUN Balakong.

PRK berkenaan yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chie dalam  kemalangan jalan raya 20 Julai lepas menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan Wong Siew Ki menentang calon MCA Tan Chee Teong.

Beliau turut mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa keputusan PRK DUN Balakong dijangka diketahui kira-kira pukul 10 malam ini. - Bernama