Beliau menjelaskan, dengan itu, tidak boleh dikatakan bahawa pelantikannya sebagai Presiden UIAM adalah bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

Ini adalah kerana perbezaan berkenaan dan lagipun tidak timbul konflik kepentingan dalam perkara ini, katanya.

"Ia akan hanya bercanggah dengan manifesto PH jika saya sendiri melantik diri saya untuk menjadi ketua - contohnya UM, UPM atau UUM dan lain-lain, kerana institusi berkenaan mempunyi struktur berbeza, dan ini (UIAM) betul-betul berbeza," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di pejabat ketua menteri di bangunan baharu Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Beliau menambah, UIAM mempunyai perlembagaan sendiri kerana semasa ia ditubuhkan, ia sepatutnya menjadi sebuah universiti antarabangsa dengan anggota lembaganya terdiri daripada duta atau wakil daripada negara lain, dan presidennya tidak diberikan kuasa penuh yang biasanya diberikan kepada seseorang yang mewakili kerajaan Malaysia. 

"Sebab itu kenapa sejak UIAM mula ditubuhkan, anda lihat  Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah Presidennya ketika itu, sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak, yang merupakan Menteri Pendidikan ketika itu, Jadi tradisi ini bukan baharu - kerana struktur UIAM sendiri yang berbeza," katanya. - Bernama