Ketibaan Duterte, yang diiringi Setiausaha Luar Filipina, Alan Peter Cayetano dan Duta Besar Filipina di Malaysia, Charles Jose, disambut oleh Mahathir pada pukul 3 petang.

Kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan selama sejam.

Hadir sama Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Pertananan, Mohamad Sabu.

Duterte menyampaikan potret Perdana Menteri kepada Mahathir sebagai memento bagi tanda lawatan tersebut.

Jurucakap presiden, Harry Roque, dilaporkan sebagai berkata, ketika Duterte berada di Malaysia, Presiden itu akan menemui Mahathir  bagi membincangkan isu-isu berkaitan pemberontakan dan kumpulan pengganas ISIS (Daesh). - Bernama