Dalam serbuan kira-kira pada pukul 3.55 petang itu telah dijalankan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, siasatan awal mendapati premis berkenaan disewa dalam deretan rumah-rumah mewah bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Serbuan berkenaan telah berjaya menahan sembilan lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun.

"Polis turut berjaya merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian atas talian seperti monitor komputer (18) dan telefon bimbit pelbagai jenama (28)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kesemua tangkapan telah dibawa ke IPD Brickfields untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) & (d) Akta Pertaruhan 1953. - K! ONLINE