Kesemua suspek berusia antara 17 hingga 57 tahun tersebut diberkas dalam serbuan di premis judi online dan loteri haram di Kuching, Bintulu, Padawan, Sibu, Miri, Kota Samarahan, Sarikei, Bau, Sri Aman, Marudi dan Dalat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, kesemua kaki judi itu diberkas ketika sedang bertaruh di kedai serbaneka 24 jam dan kedai kopi antara 27 November hingga Ahad lalu.

“Selain menahan kaki judi, kita turut merampas wang pertaruhan sebanyak RM13,559. Polis turut menggempur pusat judi holo di Sibu dengan menahan 10 kaki judi dan merampas wang pertaruhan RM490,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.