Katanya, isu itu perlu dibincang secara lebih menyeluruh dan melibatkan banyak pihak berkepentingan. 

"Bukan isu bila dan berapa lama masanya... tetapi isu Bahasa Kebangsaan dan perpaduan rakyat itu yang menjadi perkara utama perlu diselesaikan.

"Banyak persoalan yang timbul dalam kalangan umum kerana ramai masih kabur tentang isu ini (Sijil UEC). Ramai yang berfikir ia (UEC) sebab hendak tolak Bahasa Kebangsaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Justeru katanya, lebih banyak perbincangan perlu diadakan dengan semua pihak termasuk rakyat berkenaan isu itu. 

Semalam, Kementerian Pendidikan mengulangi kenyataan bahawa sebarang keputusan berhubung pengiktirafan UEC akan bersifat komprehensif dan holistik, tanpa menggugat kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Pengiktirafan UEC antara janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH). UEC ialah sijil yang dikeluarkan Sistem Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dan pelaksanaannya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan. - Bernama