Mommyhana yang ditubuhkan pada 2017 dan terkenal dengan buku islamik interaktif, Ebookku hari ini telah melancarkan satu produk baharu iaitu Islamic Audio Device hasil cetusan idea dari pengasas syarikat, Hana Shahadan. 

Ebookku sudah terjual lebih dari 200,000 unit dan bakal menjadi pilihan ramai menjelang Ramadan yang bakal tiba. 

"Quran Mommyhana adalah satu alat yang yang membantu dan melatih semua orang untuk mendengar alunan al-Quran setiap hari yang dialunkan oleh qari Indonesia, Ustaz Muzammil Hasballah.

"Alat yang tiada radiasi ini juga dilengkapi dengan bunyi yang menenangkan seperti alunan ombak, lullaby, white noise, mozart , lagu-lagu Omar&Hana serta juga lagu-lagu khas zikir Mommyhana," kata Mommyhana dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Tambah kenyataan itu, zikir yang dialunkan merupakan bacaan yang ringkas  dan mudah diikuti sesuai untuk melatih anak-anak.

Menurut kenyataan itu, pihaknya  berkolaborasi dengan pihak produksi kartun popular, Omar&Hana sebagai rakan korporat penajaan selama dua tahun bermula tahun ini bagi menembusi pasaran luar seperti Indonesia, Brunei, Singapore, Qatar, dan sebagainya. 

"MommyHana kini mempunyai hampir 3000 pengedar sah di Malaysia dan menyasarkan tiga kali ganda peningkatan pada tahun ini," kata kenyataan itu lagi.  

Orang ramai yang berminat boleh melayari laman Facebook Mommyhana di Hana Shahadan dan mommyhanababyshop dan Instagram mommyhana_official dan mommyhanababyshop atau layari www.mommyhana.com. - K! ONLINE