Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata, Jakel Trading Sdn. Bhd. telah memperuntukkan hasil wang pengembalian semula wang zakat melalui Skim Wakalah bagi bayaran zakat perniagaan mereka untuk meraikan golongan asnaf itu. 

"Penerima sumbangan ini terdiri daripada 20 pelajar OKU, 20 kanak-kanak OKU, dan 20 keluarga asnaf terpilih dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

"Melalui majlis ini, kita mahu meraikan golongan kurang berkemampuan untuk turut serta merasai nikmat Ramadan dan Syawal yang bakal tiba," katanya pada sidang akhbar majlis itu di Tamu Hotel & Suites di sini hari ini. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Jakel, Abdul Rashid Ab. Rahman berkata, anjuran itu merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Jakel untuk mendekati golongan yang memerlukan. 

"Sumbangan berbentuk wang tunai dan baju raya berjumlah RM25,000 telah disediakan bagi menyantuni 60 golongan asnaf yang terpilih," katanya. - K! ONLINE