Beliau berkata, kategori PPR itu sepatutnya untuk transit sahaja, sementara mereka menunggu kemudahan perumahan yang sepatutnya siap.

"PPR Taman Manggis adalah untuk diduduki buat sementara sahaja, itu pun mereka sudah duduk lebih 11 tahun. Memang ada kelemahan dari segi pengurusan dan pejabat perumahan negeri kini sedang dalam proses mengemas kini maklumat untuk semua projek bagi kes-kes sedemikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Expo Perumahan Mampu Milik di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun unit PPR ditawarkan sebagai pampasan, kelayakan menduduki PPR itu sudah wujud sejak dari dahulu sehingga sekarang.

Kon Yeow berkata demikian ketika ditanya tentang dakwaan seorang penyewa PPR Taman Manggis yang menyatakan unit itu diperoleh sebagai pampasan selepas rumahnya di Sungai Pinang diroboh bagi memberi laluan kepada projek pembangunan. - Bernama