Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu merasakan bahawa perlindungan terhadap mereka hanya ditawarkan oleh UMNO sahaja selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara.

Jelasnya, dengan jawatan sebagai Perdana Menteri yang dipegangnya, beliau yakin parti tersebut dapat mempengaruhi pentadbiran negara khususnya orang Melayu yang merasakan tidak selamat berada di negara ini.

Tegas Mahathir, dengan situasi itu, beliau memberi perakuan bahawa PPBM akan menjadi pelindung orang Melayu bagi menggantikan UMNO.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.