Pengerusi PPAM, Mohd. Harabee Abd. Halim berkata, pihaknya telah memungut dana daripada orang ramai terutamanya yang berasal dari Machang, Kelantan bagi memastikan program itu dapat dilaksanakan pada Ramadan kali ini.

"Bagi program yang julung kali diadakan ini, selain menjamu anak-anak yatim berkenaan, kami juga memberi mereka duit raya serta sumbangan ikhlas kepada rumah anak yatim Nur Barakah.

"Persatuan bercadang untuk menjadikan program kebajikan dan kemasyarakatan seumpama ini sebagai aktiviti tahunan pada masa akan datang," katanya lepada Kosmo! di sini hari ini. 

PPAM telah ditubuhkan pada tahun ini untuk merapatkan hubungan antara anak-anak Machang di perantauan, selain menjaga kebajikan mereka dan mengadakan aktiviti kemasyarakatan bersama penduduk setempat di Lembah Klang. - K! ONLINE