Sampul kenangan tersebut akan menampilkan maskot rasmi KL2017, Rimau, yang berpakaian sukan istimewa berwarna keemasan.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia, Diyana Lean Abdullah berkata, sebanyak 25,000 keping setem sahaja yang akan dikeluarkan bagi edisi istimewa itu, dengan ia dicetak menggunakan 'hot stamping emas'.

"Ia sebagai memperingati sejarah kejayaan sukan negara yang dilakar pada KL2017 supaya diingati pada masa akan datang," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sampul kenangan itu akan dijual pada harga RM3.20 setiap satu dan tanda pembatalan bagi siri setem berkenaan adalah reka bentuk tiga atlet yang sedang berlari. - Bernama