Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menjelaskan, usaha berkenaan bagi memastikan masyarakat dapat menerima maklumat yang tepat dengan pantas.

"Usaha  berterusan ini bertujuan mendidik masyarakat agar lebih celik fakta, mahir menganalisis berita dan sentiasa berwaspada sebelum bertindak menyebarkan berita yang tidak ditentu sahkan," menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis kepada soalan Tan Sri William Mawan Ikom (BN-Saratok) mengenai perancangan kerajaan dalam menangani isu penyebaran maklumat dan berita palsu dalam negara.

Menurut KKMM, portal yang dilancarkan pada 14 Mac tahun lepas itu sehingga kini mencapai lebih 20 juta layaran dengan purata hampir dua juta layaran setiap bulan.

Kementerian itu berkata, pihaknya melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus memperkasakan penguatkuasaan, siasatan dan pendakwaan terhadap sebarang salah laku di media sosial. - Bernama