Suspek tempatan berusia 40, 47, 51 dan 54 tahun itu diberkas dalam empat serbuan berasingan di Glugor, Butterworth dan Bayan Lepas.

Dalam operasi itu, polis membongkar sebuah makmal memproses heroin sekali gus merampas sejumlah besar dadah di dalam sebuah rumah kondominium di Glugor.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri A. Thaiveegan dalam sidang akhbarnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri sebentar tadi berkata, kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 15 Ogos ini. - K! ONLINE