Ketua Polis Bintulu, Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, serbuan diketuai oleh Inspektor Nixon Malang di pelbagai lokasi di sini hasil intipan serta maklumat orang awam yang membawa kepada tangkapan lima suspek berusia 20 hingga 24 tahun itu.

"Turut dirampas semasa serbuan dilakukan ialah sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux, sebilah pisau, sebatang besi, tiga unit telefon bimbit dan seunit alat pengecas mudah alih (powerbank) yang dipercayai ada kaitan dengan kes rompak kumpulan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkifli berkata, hasil siasatan awal mendapati kumpulan tersebut terlibat dalam tiga kes rompak di kawasan Batu 5 Jalan Bintulu-Miri, Assyarakirin Commercial Centre dan Kidurong.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan," katanya.