Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, sehingga masa kini pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti lokasi dan individu yang terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Tiada sebarang pengesahan lagi tentang lokasi kejadian tersebut tetapi terdapat kemungkinanan ia berlaku di negara jiran (Indonesia).

“Terdapat pasukan khas yang ditugaskan untuk memantau kesemua video yang tular di laman media sosial dan video ini juga akan sentiasa dipantau untuk mengenal pasti kesahihannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Media semalam melaporkan PDRM memohon kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai video tersebut untuk menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.

Video yang berdurasi seminit 33 saat itu memaparkan seorang wanita memukul dan menampar seorang kanak-kanak ketika menukar lampinnya. Sehingga masa kini, lokasi dan waktu sebenar kejadian tersebut tidak dapat dipastikan.

Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat melalui aplikasi pesanan di akaun Facebook dan Twitter rasmi PDRM dan juga melalui aplikasi WhatsApp Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di talian 019-3019930. - K! ONLINE