Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, suspek berusia 36 tahun ditahan ketika sedang berehat di rumah, kira-kira 15 minit selepas isterinya yang berumur 26 tahun membuat laporan polis pada pukul 10.30 malam.

Katanya berdasarkan laporan, pasangan itu bertengkar pada kira-kira pukul 6.00 petang Ahad lepas yang menyaksikan suspek mengamuk dan menumbuk kepala serta menendang muka isterinya sehingga mulut wanita itu berdarah.

"Suspek turut memukul isterinya menggunakan sebatang besi di bahagian kepala serta belakang badan sebelum melemparkan 'dumbbell' iaitu alat senaman ke badan wanita itu, dan anak tirinya turut dipukul suspek," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nasri berkata, wanita itu tampil ke balai polis kerana bimbang akan keselamatan diri serta anak tirinya, selepas suspek pada pukul 7.00 malam tadi sekali lagi mengamuk dan mengeluarkan kata-kata kesat. - Bernama