Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, pasangan suami isteri berusia lingkungan 20-an berkenaan ditahan dalam satu operasi membanteras aktiviti jenayah di sekitar bandar Labuan yang  bermula kira-kira pukul 3.30 petang sehingga pukul 9.30 pagi.

"Semasa operasi berkenaan anggota polis melihat pasangan suami isteri berkenaan berlegar-legar di kawasan pasar dengan membawa dua beg kain.

"Pemeriksaan terhadap beg kain yang dibawa suspek mendapati beberapa bungkusan  yang mengandungi 42 paket lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 2.137 kilogram," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek warga tempatan berkenaan membawa masuk syabu berkenaan daripada Kota Kinabalu dan untuk pasaran di sekitar Labuan. - Bernama