Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idria berkata, serbuan pertama pada 9 April lalu, apabila pasukannya menahan enam lelaki berumur 18 hingga 33 tahun di rumah tidak bernombor di Batu 20 1/2 Jalan Kuala Nerang, di sini. 

Berikutan itu kesemua suspek yang juga penagih dadah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Padang Terap untuk siasatan lanjut. 

Rentetan itu, pihaknya kemudian menyerbu sebuah bengkel jentera berat di Kampung Baru, Kuala Nerang serta menahan seorang penjawat awam berumur 28 tahun. 

Katanya, pemeriksaan lanjut menemui sembilan bongkah kayu sarang kelulut yang dilaporkan hilang di premis-premis perusahaan madu kelulut di Kuala Nerang sebelum ini. - Bernama