Lelaki berusia lewat 20-an itu diberkas kira-kira pukul 10.40 malam oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.

Ketua JSJ negeri, Senior Asisten Komisioner Md. Yusof Ahmad berkata, siasatan awal ke atas badan suspek mendapati terdapat tatoo bercorak tulisan Sanskrit selain tangan kanannya tertera nombor 360.

"Suspek juga mengaku menjadi ahli Geng 360 sejak berusia 16 tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Md. Yusof berkata, siasatan lanjut mendapati suspek memiliki tujuh rekod lampau berkaitan dengan kesalahan jenayah termasuk samun dan penyalahgunaan dadah. - K! ONLINE