Notis sitaan banglo tersebut dikatakan ditampal pada pagar luar rumah berkenaan.

Difahamkan, polis dari Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram telah menyita banglo itu melalui notis sitaan daripada Pejabat Peguam Negara yang dibuat mengikut Sub Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) Polis Diraja Malaysia 2001.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk T. Narenasagaran ketika dihubungi pemberita hari ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan mendakwa tidak mendapat maklumat berhubung perkara itu.

Rumah yang beralamat di 69, Tanjung Bungah Park, Tanjung Bunga di sini itu dipercayai telah lebih setahun tidak berpenghuni.

Ia sebelum ini dikatakan didiami ibu bapa Jho Low, Larry Low Hock Peng, 66, dan ibunya, Goh Gaik Ewe, 66 yang kini dipercayai berada di luar negara. - K! ONLINE