Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihak polis bekerjasama dengan beberapa agensi dalam dan luar negara bagi memastikan jenayah menggunakan bahan kimia sebagai senjata mampu ditangani oleh PDRM bukan sahaja dalam negara tetapi juga secara global.

“Bagi memastikan PDRM mampu berdepan ancaman serangan menggunakan bahan kimia, kita telah menjalin kerjasama dengan negara lain termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS).

“PDRM bukan sekadar mahir dalam menangani ancaman kimia dalam negara tetapi secara global agar kerjasama yang dijalin dapat dikongsi secara berterusan,” kata beliau selepas merasmikan majlis Penutupan Bengkel Latihan dan Penyiasatan Insiden Bio kali ketiga di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol ) di sini semalam.

Turut hadir Duta Amerika Syarikat di Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Dr. Mohmad Asri Abd Ghani dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Menurut beliau, semua pihak tidak boleh menjangkakan bila kejadian serangan menggunakan bahan kimia akan berlaku dan bagi tujuan itu, PDRM diletakkan dalam keadaan bersiap sedia pada setiap masa untuk mengatasi ancaman tersebut.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.