Dalam kejadian pada pukul 11 malam itu, mangsa difahamkan cuba memasuki Balai Polis Alam Damai selepas mendakwa tiga lelaki warga tempatan mengekorinya yang menaiki kereta jenis Kia Sportage di kawasan gelap.

Difahamkan, ketiga-tiga lelaki berusia 18 tahun itu berasa tidak puas hati kerana kereta mangsa hampir melanggar kereta jenis BMW mereka di kawasan Persiaran Alam Damai.

Disebabkan tidak berpuas hati, ketiga-tiga mangsa kemudian telah berpatah balik dan mengejar mangsa termasuk menjerit-jerit ke arahnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim berkata, mangsa kemudian telah memandu ke Balai Polis Alam Damai untuk memaklumkan anggota polis yang bertugas ketika kejadian.

"Namun berlaku salah faham ketika itu dimana anggota berkenaan melihat mangsa dalam keadaan tidak tentu arah dan tidak memahami kata-kata wanita berkenaan.

"Bagaimanapun, ketiga-tiga lelaki berkenaan telah ditahan pada pukul 8.30 malam di sekitar Alam Damai," katanya ketika didang akhbar di Balai Polis Alam Damai di sini hari ini. - K! ONLINE