Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli berkata, semua peralatan yang merupakan komponen komputer itu adalah melibatkan 96 kertas siasatan kes judi secara dalam talian kendalian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

“Kesemua barang kes ini perlu dilupuskan kerana ia tidak digunakan lagi dan pada masa tindakan kes telah diselesaikan sepenuhnya.

“Pihak IPD Kota Kinabalu mengambil inisiatif melupuskan barangan tersebut menerusi kaedah E-waste sejajar dengan prosedur seliaan Jabatan Alam Sekitar (JAS),” jelasnya pada Majlis Pelupusan Barang-Barang Kes di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ramli memberitahu, di Malaysia, E-waste disenaraikan sebagai bahan buangan terjadual di bawah peraturan-peraturan kualiti alam sekeliling (buangan terjadual 2015) mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Ia tidak boleh digunakan lagi dan di kategorikan sebagai bahan buangan kerana mempunyai ciri toksik, menghakis dan mudah terbakar yang boleh menjejaskan kesihatan manusia dan alam sekitar.

“Sehubungan itu, bahan buangan ini akan dihantar ke Semenanjung dan dilupuskan di Shah Alam, Selangor,” ujarnya. - K! ONLINE