Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, pihaknya turut merampas 70 butir peluru sejurus menahan dua lelaki berusia 51 dan 64 tahun itu.

Mengulas berhubung penahanan itu, Othman berkata, kedua-dua suspek ditangkap oleh pihak renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang melakukan rondaan.

"Kira-kira pukul 1.30 petang, renjer Perhilitan mengesan dan menahan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero dinaiki lima lelaki yang memasuki kawasan hutan simpan itu dalam keadaan mencurigakan.

"Pemeriksaan awal oleh pihak renjer Perhilitan menjumpai lima laras senapang bersama peluru sebelum tiga suspek melarikan diri.

"Dua lelaki telah berjaya ditahan dan diserahkan kepada polis. Usaha mengesan tiga suspek yang melarikan diri tersebut sedang dijalankan," ujar beliau menerusi kenyataan hari ini.

Tambah beliau lagi, pihaknya turut menahan seorang lagi lelaki berusia 56 tahun iaitu pemilik senapang jenis shotgun yang dirampas daripada dua suspek tersebut.

Semua suspek yang berasal dari Kuantan itu direman sehingga 18 Mei ini untuk disiasat mengikut Seksyen 8  dan Seksyen 33 Akta Senjata 1960. - K! ONLINE