Suspek lelaki berusia  21 tahun diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah  (IPD SPT) kira-kira pukul 4.05 petang.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya telah menemui 74 bungkusan plastik lutsinar berisi heroin di dalam rumah suspek.

Suspek yang positif dadah jenis Methamphetamine kini ditahan reman selama lima hari mulai semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B, 39A(1) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - K! ONLINE