Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, Lim Hock Lai, 35, parah di beberapa bahagian badan dan dilaporkan masih kritikal di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, berdasarkan laporan polis yang dilakukan adik mangsa mendapati menerima panggilan daripada pihak Hospital Banting kira-kira pukul 1 petang memaklumkan abangnya dirawat di wad kecemasan hospital itu keadaannya masih tidak sedarkan diri. 

"Pada masa sama, pengadu juga  telah melihat kiriman video melalui aplikasi Whatsapp yang menunjukkan abangnya telah terjatuh keluar dari sebuah kereta di Jalan Sultan Abdul Samad menuju jambatan Telok Datok.

"Rakaman itu juga menunjukkan kereta yang belum dikenalpasti jenis dan nombor pendaftarannya itu terus memecut meninggalkan mangsa di tepi jalan terbabit,"katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Beliau menambah, mangsa yang 
cedera kemudiannya dibawa ke Hospital Banting sebelum di rujuk ke HTAR, Klang untuk tindakan lanjut. 

Jelas Azizan, pihaknya masih menyiasat motif kejadian tersebut. 

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222 atau terus ke balai berhampiran.

Rakaman video berdurasi 12 saat tular di laman sosial Facebook sejak kelmarin dan telah ditonton oleh lebih 20,000 pengguna laman sosial tersebut. - K! ONLINE