Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab. Rashid Mat Daud berkata, lelaki terbabit dikenali Mohd. Nasir Salleh berumur 43 tahun dan Saidi Mat Yusoff, 35.

Katanya, pihaknya kini giat mengesan dua lelaki berkenaan untuk membantu siasatan kes pecah cermin kereta Exora bewarna merah.

“Dalam kejadian itu menyebabkan pasangan suami isteri kerugian RM21,000 apabila beg tangan berisi barang kemas dan wang tunai yang diletakkan di bawah kerusi penumpang hadapan lesap.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di talian 09-7257 222,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - K! ONLINE