Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad berkata, tiga laluan itu ialah Jalan Pekan-Rompin, Jalan Maran-Kuantan dan Jalan Kuala Lipis-Merapoh.

"Tiga jalan ini telah dikenalpasti sebagai kawasan yang kerap berlaku kemalangan termasuk sering menyebabkan kematian," katanya ketika ditemui pada Program Lawatan Hospital Sempena Sambutan Hari Polis Ke-212 di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Datuk Othman Nayan, Pengarah HTAA, Dr. Norazmi Abdullah, dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Datin Seri Noor Amirzah Othman.

Beliau berkata, sehubungan itu pihaknya akan mencadangkan kepada agensi yang berkenaan supaya memasang papan tanda amaran di tiga kawasan terlibat dengan mempamerkan jumlah kemalangan dan kematian di situ untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya. - Bernama