Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya tidak tolak kemungkinan ada warga asing yang melakukan kesalahan di negara masing-masing, kini berada dalam negara.

"Apa yang dimaklumkan Ketua Polis Wilyah Narathiwat, Mej. Jen. Dusedee Susangkit bersumberkan daripada maklumat risikan mereka dan Malaysia, hasil mesyuarat dua hala yang sering diadakan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Sabtu lepas, portal berita melaporkan Dusadee yang dipetik sebagai berkata, kebanyakan penjenayah menggunakan 'jalan tikus' untuk keluar masuk ke sempadan Thailand-Malaysia dan mungkin masih aktif khususnya dalam kegiatan penyeludupan di sempadan.

Mengulas mengenai dakwaan Dusadee bahawa negara berkenaan menjadi hub transit membawa masuk pil kuda ke Malaysia, Azmi berkata, perkara itu tidak mustahil, namun PDRM mempunyai pelbagai inisiatif untuk memastikan barangan terlarang itu tidak melepasi kawalan di sempadan. - Bernama