Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, simulasi itu akan bermula pada pukul 6.30 pagi hingga 12 tengah malam dan merupakan latihan biasa pasukan keselamatan dalam mempersiapkan diri menghadapi PRU.

"Kita meminta kerjasama orang ramai supaya tidak terkejut dengan latihan ini termasuklah kehadiran ratusan anggota PORU (pasukan antirusuhan) di kawasan mereka.

"Keadaan ini adalah bayangan pilihan raya yang semakin dekat dan kita sendiri tidak mengetahui tarikh sebenar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Kejohanan Ping Pong Piala Ketua Polis Negara di Tangok di sini hari ini.

Hasanuddin berkata, pada PRU nanti pihaknya akan meminta anggota tambahan seramai 1,300 orang memandangkan jumlah sedia ada dalam kontinjen Kelantan tidak mencukupi. - Bernama