Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, seramai 370 anggota sukarelawan polis juga akan terlibat pada hari mengundi.

"Kita perlukan minima kurang daripada 500 anggota tambahan dari Bukit Aman tetapi jika tidak dapat, kita boleh uruskan.

"Selain itu, kita juga akan mendapat bantuan daripada 370 anggota sukarelawan polis pada hari mengundi. 

"Anggota sukarelawan itu akan mengambil alih kerja-kerja tidak kritikal anggota polis," katanya selepas latihan Ex-Undi Per PRU-14 di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Asri memberitahu, pihaknya berpuasa hati dengan kelima-lima fasa latihan membabitkan seramai 432 anggota polis sejak 9 November lalu.

"Latihan ini memberi peluang kepada kita untuk mengenal pasti kelemahan ketika berdepan situasi ancaman keselamatan dan ketenteraman awam," katanya. - K ONLINE