Ketua Polis negeri, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, lokasi panas itu melibatkan 11 daerah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Kubang Pasu, Langkawi, Padang Terap, Pendang, Yan, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Kata beliau, rondaan di daerah Kota Setar akan melibatkan dua lokasi panas iaitu di Kilometer (KM) 8, Jalan Alor Setar-Kangar dan KM3 Jalan Alor Setar-Sungai Petani.

"Di Kuala Muda melibatan tiga lokasi iaitu Jalan Alor Setar-Butterworth, Gurun-Sungai Lalang dan dari plaza tol selatan hingga Tikam Batu manakala Kubang Pasu di Jalan Jitra - Kodiang dan Alor Janggus-Air Hitam.

"Langkawi (Jalan Ayer Hangat), Padang Terap (Padang Sanai), Pendang (Jalan Kobah-Titi Haji Idris), Yan (Jalan Sungai Petani-Alor Setar, KM21-KM28 dan Jalan Batas Paip), Sik (Titi Jeniang-Parit Panjang), Baling (KM43.4 Sungai Petani-Baling, Baling), Kulim (Kulim-Mahang) dan Bandar Baharu (Jalan Kulim-Bandar Baharu)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat ke-12 sempena sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri Kedah di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Napoh di sini hari ini. - K! ONLINE