Seorang koperal polis (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Khas
SEORANG koperal polis (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Khas Reman Seremban semalam.

Perintah reman ke atas anggota polis berusia 32 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban, Mas Azmimin Ahmad pada pukul 11 pagi semalam.

Permohonan reman dikemukakan oleh Pegawai Penyiasat SPRM, Riduan Kadri bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Koperal berkenaan diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Suspek yang bertugas di Pondok Polis Sungai Kelamah di Gemas ditahan dalam satu serbuan di sekitar pekan Gemencheh Baru dekat Gemas pada pukul 1 petang, 10 September lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.