Mayat tanpa dokumen pengenalan diri itu ditemui dalam keadaan terbaring dan memakai baju dalam tanpa lengan berona putih serta seluar denim hitam disyaki telah di langgar lari.

Mangsa dipercayai berumur dalam lingkungan 30 tahun itu cedera pada beberapa bahagian badan dan telah di hantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada hari kejadian.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan Trafik Kuala Lumpur di talian 03-2071999 dan Hotline Rakan Cop Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran. - K! ONLINE