Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, dua wanita ber­kenaan masing-ma­sing dikenali sebagai Raisa Rinda Salma, 24, dan Dessy Meyrisinta, 33.

“Raisa memegang passport bernombor B2421541 manakala Dessy pemegang passport B0464727.

“Kedua-dua mereka tidak dapat dihubungi dengan alamat terakhir di Hotel Flamingo, Ampang,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut beliau, Raisa dan Dessy diperlukan pihak polis untuk hadir sebagai saksi bagi perbicaraan kes bunuh Jong-nam di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.