Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusuf berkata, bayi itu ditinggalkan di stesen berkenaan selepas wanita tersebut dipujuk oleh seorang pekerja di stesen tersebut.

“Kita akan menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti ibu bayi terbabit.

“Buat masa ini, bayi lelaki itu berada dalam keadaan sihat dan ditempatkan di Rumah Kanak-kanak Taman Bakti di Kepala Batas, Pulau Pinang,” katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.