Kesemua tersebut dikenali sebagai Mahmudin Muddin atau Kaling, Boy dan Chong yang berusia 30 hingga 40 tahun.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian samun tersebut berlaku pukul 1 pagi pada Rabu lalu ketika mangsa dikatakan berseorangan berada di hadapan kedai dobi tersebut.

Katanya, seramai tiga suspek dipercayai dari Sabah telah mendekati suspek dengan salah seorangnya bersenjatakan pisau.

"Suspek telah bertindak mengacukan pisau di leher mangsa sebelum mengarahkan anggota polis terbabit mengeluarkan dompetnya.

"Berikutan kejadian itu, mangsa telah kehilangan kad kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM), lesen memandu dan wang tunai berjumlah RM750," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan terhadap mangsa selain tiada televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut. - K! ONLINE