Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, siasatan hanya dijalankan sebaik menerima laporan berkenaan. 

"Bagaimanapun, kita telah mengenalpasti keluarga mangsa tersebut dan meminta mereka membuat laporan polis polis. 

"Siasatan akan dijalankan hanya selepas laporan dibuat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Terdahulu, tular nota tangan seorang murid, Nurul Wahidah Abdul Rahman mendakwa dirinya hampir menjadi mangsa penculikan lapan suspek memakai topeng menaiki dua buah kenderaan van putih. 

Kejadian dikatakan berlaku pukul 10.30 pagi pada Sabtu lalu ketika mangsa ingin menghadiri kelas tambahan di sekolah tersebut. 

Berdasarkan nota dengan tandatangan mangsa mendakwa dua suspek didapati turun daripada van untuk menangkapnya namun diselamatkan oleh seorang pakcik tua. 

Insiden itu yang tular di laman sosial Facebook telah menimbulkan kegusaran di kalangan para ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka. - K! ONLINE