Serbuan dilakukan di sekitar Ne­geri Sembilan, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur itu melibatkan suspek berusia 20 hingga 60 tahun.

Ketua Polis Selangor, Datuk ­Mazlan Mansor berkata, kesemua suspek tersebut dipercayai terlibat dalam kes culik seorang pengurus syarikat pengangkutan berusia 35 tahun di Bandar Baru Sungai Buloh pada 12 Disember tahun lalu.

Katanya, mangsa diculik oleh sekumpulan lelaki menggunakan sebuah kereta Perodua Myvi ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas habis bekerja.

“Mangsa yang mengalami kecederaan ringan bagaimanapun telah dibebaskan pada 3 Januari lalu di Bemban, Melaka setelah wang tebusan berjumlah RM500,000 yang diminta suspek dibayar,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.