Polis bantuan itu, S. R. Jevan, 42, yang bekerja di sebuah kementerian di Putrajaya dan enam rakannya, S. Surendran, 35; S. Mohan, 33; S. Prakhas, 34; A. K. Muniandy, 60; P. Uthaya Kumar, 25, dan seorang lelaki warga Bangladesh, Barique, 37, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan bersama di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Bagaimanapun, ke­semua mereka tidak membuat sebarang pengakuan berhubung kes itu.

Selain Jevan, enam lagi tertuduh didakwa be­kerja sebagai pemandu lori, pengawal keselamatan, peniaga dan buruh binaan.

Kosmo! difahamkan, Barique yang telah memasuki negara ini secara sah sejak tujuh tahun lalu ditugaskan menjaga mang­sa culik sehingga pembayaran wang tebusan dilakukan oleh keluarga mangsa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.